Konflik pada asas undang-undang antarabangsa Undang-undang_antarabangsa

Abad ke-17, 18 dan ke-19 menampakkan penularan konsep negara nation-state, iaitu sebagaimana kita kenali pada hari ini diperintah berdasarkan pemusatan kuasa di kerajaan pusat (Contoh: Persekutuan Malaysia merupakan contoh konsep negara yang moden berbanding empayar Melaka yang kuno). Konsep begini wujud disebabkan oleh penularkan sifat nasionalisme, yang menekankan persamaan keturunan dan bangsa sebagai sebab untuk bersatu membentuk suatu negara (Contoh: Republik Rakyat China diasaskan dengan anggapan bahawa China ialah satu negara bersama untuk semua orang Cina). Sehingga permulaan abad ke-20, hubungan antara negara diatur dengan Triti, iaitu perjanjian bagaimana hendak berlaku kepada negara lainnya. Masalah cara ini ialah perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan, dan negara seringkali bertindak sesuka hati mereka meskipun telah berjanji untuk berlaku baik. Kebanyakan orang kini menganggap bahawa negaralah unit utama perihal antarabangsa. Negara boleh memilih untuk secara rela melibatkan diri dalam komitmen di bawah undang-undang antarabangsa, akan tetapi akan mengikut nasihat peguam mereka sendiri apabila soal interpretasi timbul.

Dengan berlalunya abad ke-20, jumlah konflik yang ganas dan bersenjata, terutama semasa Perang Dunia Kedua dan Perang Dunia Pertama menyebabkan ramai sedar akan kelemahan sistem triti antarabangsa. Dalam satu percubaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang lebih gental di peringkat antarabangsa, satu kenderaan untuk penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ditubuhkan dan undang-undang jenayah antarabangsa yang baru diaplikasikan di Perbicaraan Nuremberg. Dalam 50 tahun kebelakangan ini, lebih banyak undang-undang antarabangsa dan badan penggubal undang-undang antarabangsa diwujudkan, seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Terdapat sebilangan orang yang berpendapat bahawa perkembangan semasa ini bahaya kepada konsep negara dengan mengambil kuasa daripada kerajaan negara dan memberikannya kepada badan penggubalan antarabangsa seperti PBB dan Bank Dunia. Sesetengah cendakiawan kini berpendapat bahawa undang-undang antarabangsa telah berkembang menjadi sesuatu yang lebih daripada hanyalah persetujuan negara-negara. Terdapat trend baru untuk mengadili tindak-tanduk sesebuah negara dari segi undang-undang antarabangsa (lihat kerajaan dunia untuk anjakan dan pergerakan ke arah ini). Sesetengah negara lainnya termasuk Amerika Syarikat menentang idea-idea ini dan menekankan bahawa hanya kedaulatan ialah undang-undang antarabangsa sebenar dan negara mempunyai hak mutlak mentadbir perihal mereka sendiri. Sesetengah cendakiawan juga membezakan proses penggubalan dan kehakiman di peringkat antarabangsa dengan proses penggubalan dan kehakiman dalam negara. Para penentang pendapat ini mengatakan bahawa negara hanya memberi komitmen kepada undang-undang antarabangsa dengan kerelaan sendiri dan mahkamah antarabangsa hanya berfungsi dengan persetujuan negara-negara. Disebabkan undang-undang antarabangsa ialah satu cabang undang-undang yang baru perkembangannya tidak dapat dinilai dan kerelevanan dan proprietinya hangat dipertikaikan.